Pages

Monday, 18 August 2014

SECEBIS HARAPAN



“Assalamualaikum,” seru suara serak yang sangat dirindui olehnya.
“Waalaikumussalam abang dah sampai, duduklah,” tenang dia menjawab salam.
Lelaki itu duduk dengan gaya yang amat dia senangi.
“Hmm…sayang dah makan?”
Tak pela bang, saya dah kenyang.
Ini first time abang dengar sayang kata kenyang, lantas mereka tergelak bersama-sama.
Tiba-tiba suasana senyap seketika.
Farah termenung seketika.
“Sayang,…sayang ada masalah?
Khirul cuba menyentuh jari-jemarinya. Farah menggeleng.
“You look so weird sweetheart”
────────────────────────────────────────────────────────────
Suasana hingar bingar di kafe itu tidak mempengaruhi kesunyian di antara mereka berdua. Masing-masing melayan perasaan mereka sendiri.
“Farah nak tanya abang something boleh?”
“Apa dia sayang”, suaranya membuatkan aku lemah. Bukan sesuatu yang mudah untuk ku menggundurkan diri. Ya Allah, kuatkan hati hambamu ini.
“Err!!”
“Sayang cakap je apa dia.”pandangan matanya mampu membuatkan ku cair.
“Err, abang masih sayangkan Aien?” Soalan yang terluah itu cukup mengejutkan Khirul.
“What do you mean, sayang?”
“Do you love her?” it juz a simple question.
Dengan perlahan aku melihat wajahnya mengangguk.
Aduh!! Luka itu terguris lebih dalam dada. Sebak mula bertandang di dalam jiwa.
“Abang memang nak tunggu dia ke?” bergetar suara itu.
Lambat dia menjawab, “Ya sayang…”
────────────────────────────────────────────────────────────
“Abang…kalau betul abang nak tunggu dia, dan masih mengejar dia, masih mengharapkan cinta dia, abang pergilah.”
Berkerut dahi lelaki itu.
Gadis itu menyambung lagi, “Saya akan pergi dari hidup abang, supaya abang lebih mudah untuk menumpukan kepada dia sahaja.”
“Tapi sayang…” lelaki itu cuba memotong.
“Tiada tapi lagi bang…izinkan saya pergi, saya cukup terseksa hidup begini.” Ya Allah,tabahkan jiwaku!! Suara itu semakin menggeletar.
“Tak perlulah abang risaukan saya, saya masih muda, perjalanan hidup saya masih panjang. InsyaAllah mungkin saya akan jumpa orang yang lebih baik untuk saya, saya redha abang.”
“Sayang…”air muka Khirul mula berubah. Tiada senyuman, mendung mula muncul di wajahnya. Adakah dia terluka?
Ahh, mana mungkin dia terluka. Selama ini dia mana ada perasaan.
“Mulai hari ini, ingatlah saya hanya adik abang dan bukanlah kekasih abang,” Farah mulai tenang.
“Terima kasih di atas segala yang telah abang lakukan kepada saya, menjaga saya dan maafkan segala kekilafan saya terhadap abang….” Keluhan panjang terluah daripada mulut Farah. Masing-masing menatap wajah tanpa sebarang kata yang terucap.
“Abang…dah lewat nie, saya nak balik.”
“Sayang, abang nak tanya sesuatu.”
“Ye abang…”
“Sayang dah tak sayang kat abang lagi ke?”
“Bukan tak sayang bang, tapi itu yang terbaik untuk kita berdua, untuk abang.”
────────────────────────────────────────────────────────────
Ibu mengucup dahi Farah. Betapa dia menyayangi anaknya yang satu itu.
Melihat Farah terbaring di atas katil hospital, membawa ingatan ibu kepada arwah suaminya yang meninggal akibat penyakit barah paru-paru.
Farah begitu tabah pada luarannya, tapi jauh di lubuk hatinya tiada siapa yang tahu.
────────────────────────────────────────────────────────────
“Morning, Farah.”
“Morning, doc,” doktor Adam. Doctor yang merawat Farah.
“So how do you feel today?”
“Emm,ok…”
“Hmm…Good…takde demam, nak balik tak?”
“Of course ler…Doc, boring ler duduk kat sini.”
“Hm..ok saya izinkan Farah balik pada hari ini, but kalau rasa nak demam ke, tak sihat ke, please datang sini cepat-cepat tau.”
“Yes, Doc I know.”
“Ok, goog girl…dah kemas-kemas la, nanti nak balik rumah.”
“OK,doc.”
────────────────────────────────────────────────────────────
Ding Dong X2
“Ye sekejap, eh doc.”
“Jemput ler masuk, ibu doc Adam dah datang.”
“Ibu, siapa yang jemput Doktor Adam?”
“La…ibu ler yang jemput Adam coz ari inikan birthday Farah.”
“Hmm..jemput aje ke? Mana hadiahnya?”
“Eh, sape kata tak ada? Ada ler tapi kat luar, cuba la pergi tengok?”
“Wah, besarnya!” Farah tergelak riang. Terpacar kemanisan di wajahnya sambil dia memeluk teddy bear yang sama besar dengan wajahnya.
“Em…lembutnya. Thanks, doc.”
“Abang Adam Farah, abang Adam.”
“Aik, bila masa tukar jadi abang pulak ni??” mereka tergelak bersama.
 “Jom abang bawak Farah pergi ke Cameron. Nak tak?”
“Boleh ke Adam? Ibu bimbang ler.”
“Boleh makcik, lagi pun saya rasa Farah mesti dah lama tak pergi jalan-jalan kan?”
Kesian ibu. Agaknya dia terseksa. Dah la dulu abah meninggal sebab kanser jugak, sekarang aku pulak akan ikut jejak langkah abah.
Seronok betuk Farah apabila dibawa berjalan-jalan  oleh Adam kerana duduk kat rumah ni bukannya style dia. Tanpa mereka sedari, ada sepasang mata sedang memerhatikan mereka dengan amarah.
────────────────────────────────────────────────────────────
“Farah….” Perempuan itu menoleh sambil memandang tepat pada mata lelaki yang berada di hadapannya.
“Ya encik, ada apa yang boleh saya bantu?”
“Abang tahu nie Farah, tapi kenapa Farah tak nak pandang abang?”
“Farah kenal ke siapa nie?” Tanya Adam.
Farah mengangguk. Khirul cuba untuk memegang tangan Farah.
“Jangan sentuh saya!” tegas suara itu.
Adam cuba bangun dan menarik lelaki itu ke belakang. Ketika ingin memulakan perbicaraan, Farah terkulai. Farah pengsan.
────────────────────────────────────────────────────────────
Adam menghulurkan diari hitam milik Farah kepada Khirul, sambil meninggalkan lelaki itu di sisi Farah yang masih belum sedarkan diri.
Dia duduk di kerusi lalu membuka helaian pertama.

24/11/2007
Hari ini aku berjumpa dengan sorang mamat ni yang datang dari planet mana aku tak tahu… Tapi yang aku tahu, aku sedang mengalami love first sight.

14/02/2008
Akhirnya, pada hari valentine untuk tahun ini, aku dan Khirul dah declare as couple but half daripada kawan aku tak setuju dengan perhubungan kami coz umur kami jauh beza kot tau ape yer…? Emm…aku pun tak tahu…tapi dia terbaik untuk aku. Thanks to be my life.

01/09/2008
Semalam dia call aku dan petang tu aku sent msg nak jumpa dia untuk mengubati rasa rindu yang bertandang di kalbu ku. Tapi apa boleh buat, dia buzy dengan kerja, overtime tapi tak apa coz aku kena fikir positif.

02/09/2008
Hari ini aku bangun dengan mata yang sembab. Sungguh lemahkah aku kerana cinta???

29/09/2008
Hari ini dia kembali kepada biasa. Orang sekeliling memandang kami seperti pasangan yang sangat gembira…tapi apa yang ada dalam hati aku tiada siapa yang tahu.



06/10/2008
Hari ini aku mendapat satu kejutan. Khirul meminta untuk memberi perhatian kepada kerjayanya sekali gus memutuskan hubungan kami.

19/02/2009
Hari ini aku mendapat satu lagi kejutan coz keputusan darah aku dah keluar. Well  Farah, U are not lucky one. Berita yang disampaikan oleh Doktor Adam itu aku sambut dengan senyuman yang kelat.

03/03/2009
Next test dah berlalu. Result pun dah keluar. Bad luck. Kanser nie dah sampai tahap 3. kemotrapi adalah satu-satunya jalan untuk aku.

21/05/2009
Esok birthday aku… aku masih ingat ari ini abang janji untuk bawa aku ke Cameron Highland dan beli satu teddy bear yang sama saiz dengan aku. Sebenarnya hati ini masih merinduinya walaupun kami telah berpisah.

Ternyata Farah juga masih masih merindui diri aku, masih sayangkan aku, masih mencintai dirinya.
────────────────────────────────────────────────────────────
Khirul membelek-belek diari di tangannya. Emm, ari ini 22/05\2009. bufday Farah. Rupanya lelaki yang menemani Farah adalah doktornya, Encik Adam. Maafkan abang sayang kerana abang tidak menepati janji abang pada sayang.

Teresak-esak Khirul menangis. Runtuhlah tembok ego seorang lelaki. Melihat permata hatinya terbujur lemah. Barulah dia mengerti erti kasih sayang.

“Farah, maafkan abang sayang.”
“Untuk apa abang?”
“Untuk segala-galanya sayang. Kasih sayang Farah, kerinduan Farah, perhatian Farah, maafkan abang kerana tidak mencintai Farah sepenuh hati abang,” air mata Khirul mengalir laju sambil dia mengucapkan keta-kata yang telah lama di kunci di dalam dadanya.

“Abang janganlah nangis buruk la,” ucap Farah untuk menceriakan suasana.
“Takpe…asalkan Farah jangan tinggalkan abang lagi.”
Farah hanya mampu tersenyum kerana dia tidak mampu melawan ketentuan Tuhan yang Maha Esa.
────────────────────────────────────────────────────────────
Sejak hari itu, keadaan Farah semakin baik. Tetapi kehendak Tuhan tidak pernah lambat atau cepat walaupun untuk sesaat. Ketika Khirul sedang solat Isyak, datang seorang nurse dan mengatakan bahawa Farah kritikal. Selepas 3 hari koma, keadaannya semakin tenat. Sehinggalah tepat pukul 12 tengah malam Farah telah pergi menghadap Ilahi dengan tenang.


Selepas setahun peristiwa itu berlaku, Khirul telah berkahwin dengan pilihan hati ibu Farah. Panggilan mak cik bertukar kepada ibu selepas Farah meninggal. Itu pun di atas permintaan Farah…
“Farah, walaupun telah lama Farah meninggal tetapi cinta dan perasaan kasih sayang Farah tetap bersemadi di hati Khirul…..”

p/s : Hargailah seseorang itu ketika dia masih hidup dan kenangilah dirinya jika dia telah pergi buat selama-lamanya.



No comments:

Post a Comment