Tangan menutup diari yang mengandungi beribu cerita,dah lebih satu abad rupanya diari ni menyimpan segala cerita aku,, , Disini,, ditepi laut ,aku hanya melihat keindahan alam sambil mendengar bunyi ombak yang sangat menenangkan . Si bibir mula menguntumkan senyuman yang penuh bermakna. 10 Febuari, hari yang sangat bermakna untuk aku..Aku terkenangkan sahabat aku yang tak pernah sangka akan menjadi pelengkap hidup ini.Dia seorang yang istimewa di hati ini dan sudah lebih satu abad aku mengenalinya.. Walaupun tahun pertama kami taklah begitu baik namun segalanya masih jelas terpahat dimemori.. Bagaimana pertama kali kami bertemu dan mengenali diri antara satu sama lain dan tanpa kami sedar banyak yang telah kami tempuhi bersama.
Tiba-tiba diri seakan-akan tercampak kembali menghampiri kenangan 11tahun yang lepas..
______________________________________________________
Disini bermula segalanya:
Tahun ini tahun 2012,, Aku Wan Nur Arifah merupakan pembantu timbalan pengerusi pengawas sekolah dan ahli aktif pembimbing rakan sebaya (PRS) tapi pada masa yang sama aku seorang yang agak nakal. Pada akhir tahun ini, aku akan menduduki satu peperikasaan yang penting iaitu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Yang mana akan menetukan arah tuju aku selepas itu, sma ada ke matrikulasi,ke tingkatan enam atau melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma. Aktiviti tawaf sekolah,ponteng kelas dan melepak di bilik kauseling merupakan aktiviti kegemaran aku saban hari namun, sambil aku menjalankan tugas aku. Tahun ni aku ditempatkan di kelas 5 Cemerlang.. Kelas kedua mengambil mata pelajaran sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Laut(SMKKL) dan pada masa yang sama mengambil matapelajaran lukisan kejuruteraan dan perakaunan sebagai matapelajarn wajib.Manakala, kelas pertama 5 Gemilang merupakan kelas aliran sains tulen. Tapi kelas dua dengan kelas pertama mempunyai jurang yang sangat jauh walaupun kami berada di aliran yang sama.. Malah kami sering di bandingkan oleh guru-guru sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada kedua pihak..
______________________________________________________
Febuari 2012:
Hari ini seorang pelajar baru dari Johor telah berpindah dan berdaftar masuk sebagai salah satu calon SPM di sekolah kami.
'Wow.! Johorean la, terbaiklah, macam mana la nanti ye. Adakah dia akan masuk ke kelas kami?'
Rupanya tidak.Ulat buku beb of course lah kelas pertama. Hmmmm. Kali pertama melihat wajahnya,aku tertarik untuk mengenalinya dengan lebih mendalam serta mengusiknya. Aku tidak pernah menyedari atau pun terfikir yang pertemuan pertama kami merupakan permulaaan kepada sebuah kisah persahabatan yang sangat menguji..Rupa-rupanya Allah dah aturkan sesuatu yang indah buat kami tanpa kami sedari.
Hari ni hari pertama dia masuk kelas fizik.. Jadi berkemungkinan dia masih tak tahu dimana makmal fizik. Kebetulan aku juga bersendirian akibat tersalah membawa file kimia ke kelas fizik, terpaksalah berpatah balik untuk mengambil module Fizik aku.Aku melihat dirinya gelisah dan keseorangan dalam kelas.Dah kenapa dia sorang? Yang lain tak bagitau ke kelas kat mana? Muncul pertanyaan di fikiran aku berserta rasa bengang kepada rakan sekelasnya kerana bersikap begitu.Kesempatan tu aku guna untuk menegur dia.
"Hai..Kau budak baru kan?Aku Arifah and you're? Are u Johorean and why you are alone mana classmates?"
"Ye saya. Saya Afifin. Saya baru berpindah.. Mungkin dy orang tak sedar yang saya ada di dalam kelas ni. "
"Sekarang ni waktu fizik,, kau tahu tak lab kat mana? Jom pergi dengan aku nak?" tanpa aku sedar aku dan menarik lengannya kerana kami sudah lewat ke kelas.
"hmmm. Tak kenal lagi, baiklah awak. Terima kasih'"
Sampai di dalam makmal Fizik,sesi pembelajaran masih lagi belum bermula kerana teacher masih belum sampai lagi. Aku ke tempat yang biasa aku duduk iaitu di bahagian depan bersama geng aku dan menyedari ada mata yang sedang memandang sinis. Aku buat derk je sambil memandang dan memanggil minah tadi yang baru sahaja duduk belakang.
"Fin, sini jap!"
"Haa. ada apa ye?"
"kau tak yah buat muka tercengang sangatlah. Nah..guna ni..kau guna buku teks tu tak fahamlah. Teacher guna module ni"
"Oh ye? Terima Kasih tapi awak macam mana?''
''Kau jangan banyak soal boleh tak? Ambik jelah pandai-pandailah aq nanti." First tu aku bengang jugak dengan dia ni sebabnya banyak soal tapi biasalah budak barukan.
"Okey. Terima kasih awak..sorry menyusahkan''
______________________________________________________
Mei 2016
It been three month after she became part of our members.. Kami mula kenal each other dengan lebih mendalam dan aku sering sangat melihat yang Afifin dibuli oleh pelajar lain. Mungkin kerana dy budak baru kot.. Ishkk..Antaranya beg sekolah dia kena sembunyikan, buku kena conteng, dipaksa kemas kelas tapi yang paling menark perhatian aku, dia tak melawan atau muda melatah.. Dia sungguh menarik minat aku. Tetapi paling buat aku menyirap dengan budak sekolah ni apabila tayar motosikal dia pun dibocorkan.. Kecik besar je aku tgk budak-budak buat tu. Sebenarnya aku nampak dan aku sudah pun menangkap pelajar yang terlibat tapi aku masih nak dengan dari mulut ida sendiri.Dia diamkan je. Hobi dia adalah membaca (nama lagi ulat buku). Dia membaca di mana-mana sahaja sampai aku pernah menegur perbuatannya yang sedang leka membaca baca buku teks sejarah do tapak perhimpunan.
"Eh..fin kau baca ape tu..?? Best sangat ek?? Kau faham tak,memberi sepenuhnya perhatian pada pengetua yang sedang berucap kat depan tu..?? Ke kau nak aku rampas buku tu?"
''Owh sorry tak boleh membaca ke?. Xpe la..aku simpan."~aku xfhm Minah ni makan apa la....garang je memanjang
Sebenarnya tak nak marah pun dy tapi dah lah terang lagi bersuluh dia tak memberikan sepenuh perhatian kepada tuan Pengetua dah tugas aku sebagai pengawas, aku harus menegur dia. Selepas perhimpunan tamat.. Aku kemaskan semua peralatan audio dan teknikal. Tapi anak mata melihat Fin massih di situ.Jadi dengan perlahan aku hampirinya untuk memastikan keadaanya..
''Weh.. Asal tdo kat sini..bangun la wei kelas dan nak start ni. Ke kau tnggu aku..hehehe?' Setelah dua kali aku kejutkan dia perlahan-lahan dia mula mengangkat muka dan mengejutkan muka dia putih tak berdarah. Sangat pucat..
"Asal..muka kau pucat weii..ko ok x ni?"
'' Saya okey tapi pening je sikit''
''Jom aku teman kau p bilik kesihatan. Rehat kat sna.''
Lalu aq papah dia ke bilik kesihatan yang berhampiran bilik guru perempuan ditingkat satu. Aku beranggapan dia diserang gastrik. Dari situlah tak pernah berhenti aku membebel tapi dia hanya berdiam diari seakan-akan mengiyakan apa yang aku kata.Sepanjang perjalanan hati kecil berbisik kenapa dia dia seribu bahasa.. Hmmm. Ke dia sakit apa sebenarnya..?
Sampai di bilik kesihatan.. Aq memandang dia yang lesu.. Mulanya aku nk dia rehat sepenuhnya tanpa sebarang menganggu. Tapi lebih membimbangkan kalau tinggalkan keseorangan. Mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada dia.
"Kau tidur dlu...aq nk balik kelas."
Dia hanya mengangguk lemah. Lalu aku ke kelas kami untuk memaklumkan kepada cikgu yang aku akan menemani Afifin sepanjang dia di bilik kesihatan. Selepas segala urusan yang berkaitan selesai,aku terus ke bilik kesihatan dan melihat dia masih tidur. Aku belikan sedikit makanan utk dia, sambil menunggu aku tertidur disisinya..Lebih kurang pukul 1 tengah hari,dia terbangun.
''Eh .. Kenapa awak kat sini... Awak ad kelas kan..??''
"it's okey. Semua dah tahu aku kat teman kau..kau ok tak ni? Makan la tu, so how are you?''
''Alhamdulillah.. Much better. Awak maaflah.. Kesian kat awak teman saya kat sini'
''No hal la wei.. Aku risau tengok kau tadi''
''Awak dah pukul berapa ni.? Saya nak masuk kelas''
''Banyak la kau punya kelas.. Dah pukul satu.. Tak payah.. Rehat je..Jap lg nak balik dan kan''
''Ok awak.''
______________________________________________________
Aku tengok dengan susah payah dia cuba untuk bangun.Mungkin masih lagi pening dan aku tawarkan pertolongan untuk menghantar dia pulang tapi dia dengil.
''Kau blh bawak motor tak ni??? Jalan pun cam orang mabuk je..nak aku hantar kan tak??''
''Xpe Saya blh balik sendiri.. Saya tak nak mak risau..tgk orang hantarkan.''
''Xyah degil sangat lah.. Aku hantr kan.. Kejap.. Aku call kawan.. Suruh cover bwk motor aku''
''Ok la...''
'Assalamualaikum... Mak Cik sy ni kawan sekolah Afifin..ni saje je datang jalan2 kenal rumah...'
'Waalaikumussalam. Owh. Masuk laa'
'Eh.. Panggil APA kat mak?'
'Hmmm.. mak la'
'Eh.. Xpe la mak. Sya balik dlu la ye.. Ada kerja lagi ni.jaga diri mak ,Afifin.. Bye.'
'Terima kasih ye awak..
______________________________________________________
Sejak hari itu kami makin rapat...kami sentiasa bersama.. Tak Kira waktu sekolah atau petang..waktu rehat.. Kami sentiasa bersama.. Dy seorang sngt aktive dalam sukan sebenarnya.. Minat bola tampar n jaring.. Petang2 komitmen dy hanya didlam gelanggang.. Sering jugak aq teman kan dy... Sambil2 aq siapkan kerja rumah.. Kalau tak memang kelaut lah kerja rumah aq.. tapi pada masa yang sama aq selalu perasan kalau dia terlbh aktif dy akn jady lesu sngt.. Ad apa yang dia sembunyikan dari aku?.. Sering Kali persoalan itu menjadi tanda Tanya..tapi dia sering berdiam diri apabila ditanya. masa kami lebih banyak berdua sekarang.. waktu rehat dia lebih suka pergi library atau pun ke musolla buat solat dhuha,, manakala aku lebih suka lepak lama-lama kat cafe,,tp apabila bersamanya haty turut ke arah itu dan rasa lebih tenang.. keakraban kami mula di suarakan oleh geng aq,, apabila aq jarang lagi bersama mereka ,, even waktu petang.. kalau dulu kami akan berkumpul ramai-ramai disekolah berbual atau berjalan-jalan sekitar kampung,,, aku tidak menyedari itu semua sehinggakan Mira bersuara,,, bagi aku,, sebelum ini pun sama ,, kerana masa dan tugas aku sebagai pengawas dan banyak masa di habiskan bersama cikgu,, walaupun aku nakal,, aku !masih menjalankan tanggungjawab aku,.
hari selepas loceng waktu rehat berbunyi,, aku bersiap-siap untuk kekelas sebelah untuk menemui Afifin,, namun langkah aku di halang Mira:
'kau nak g mana ni?? jom rehat sekali.. ke hari pun kau bz? ke nak bersama dengan ke nak bersama dengan kembar baru kau tu,, dah macam belangkas aku tengok..'
'kau ni dah kenapa.. aku nak g library kot.. xyah la sampai camtu..dan lagi satu asal kau cakap camtu,, cam xpuas haty sangat dengan dia.. dia ada nama tau.. xyah la belangkas bagai.. kalau dy rapat denagn aku pun,, kenape??? salah ke?'
'tak.. sekarang ni yang kau tengking aku kenapa?'
'eh.. kau kenal aku dah hampir 6tahun.. aku cakap cam ni aku kata tengking.. ko dah kenapa beb?? dah la ,, aku nak pg dlu,, dia dah tnggu,,, wassalm,,,stu je aq pesan kat kau,, jangan sampai aku marah eh,, aq dah malas nak marah orang dan kau pun tahu cam new kalau aku marah kan.'
'eh ,, jgan cam tu weii'
ok .. fikir balik apa yang kau cakap tady.. bye'
dan tanpa aku sedar,, afifin dan ad disebalik pintu dan semua perbualan kami...dan aku tak sedar.. selpas itu dia hanya berdiam diri ,, walaupun aq cuba untuk bercakap dengan dia..
'awak,, kawan-kawan awak ok ke dengan kita??'
'eh,, nape tnay cam tu,,diorang oke la'
'yelah mana tahu dia tak selesa dengan kehadiran kita'
'fin knpa ni.. ?? tiba-tiba ni?? apa somethng yang sy tak tahu ke?'
'tak de la... xpe la.. jom masuk kelas'
'ok.. jom'
______________________________ _____________________________________
Aku menyedari perubahan afifin,, yang semakin banyak mendiamkan diri,, tapi bila di tanya dia berkata dia oke je.. mungkin dia masih lagi belum sedia berkongsi rasa dengan aq,, hampir dua bulan sebelum pecubaan .. dia menjauhkan diri dan hilang dari aku,, macam-macam mula terbayang di fikiran,, rupa-rupanya sebelum itu sesuatu telah berlaku.. perkara yang tak pernah terjangkau difikran ku. yang Mira bertemu dengan dia tanpa pengetahuan aku:
'eh. budak baru.. aq tak nak kau rapat dengan arifah.. kau faham tak?'
'haa.cakap ngn saya ke?? tp . kenapa? ada yang salah ke?'
'haa!!!!!!!!! mmg.. mmg slah.. kalau buat kami jauh.. kau tau tak dia bukan cam nie,, '
'macam mana???.sya tak faham..'
'aq tak faham la wei..siyes aq tak faham. macam mana dia boleh jady lembut giler bila ngan kau,, tapi dengan kami poyo nak mati. apa yang kau dah buat ,?? kau mandrem ke??'
'apa yang awak cakap ni.. ya Allah saya tak faham la'
'tak faham ke buat-buat tak fahm.. hah!,, aq tak nak tengok dah kau rapat dengan dia.. kalau tak siap kau aq keja kan.. kau faham ke tak?'
______________________________ __________________________________
Mira meninggalkan afifin tanpa sebarang peluang atau penjelasan yang sepatutnya.. dan sejak dari hari tu.. afifin semakin jauh dari aku,, waktu rehat,, apabila aku ke kelas. dia tiada ,, ke library dan musollah pun sama.. di mana afifin?? kenapa dia berjauh diri.. kenapa dia sanggup buat aku begini.. dan perasaan ketika itu.. Allah tarik salah satu nikmat aku.. iaitu persahabatan... selepas seminggu kami jauh... Afifin mula tidak hadir kesekolah panggilan dan sms aku tidak lagi di balas.. apabila ke rumahnya,, semuanya berkunci.. macam-macam aku fikir,, ke mana dia pergi,, apa yang berlaku,. dia dah benci aku ke.. selepas seminngu aku nampak kelibat ayah dan mak datang kesekolah .. tapi oleh kerana masa tu berlakunya sportchek besar-besaran ,, aku tak dapat bertanya kemana hilangnya Afifin,,, tengah hari itu ,, aku pergi ke bilik guru untuk bertemu dengan guru kelasnya,, dan jawapan yang aku terima:
'maaf, arifah,, saya sudah berjanji dan mikul amanah ni,,, mgkin selepas ini.. awak akan tahu juga kenapa afifin tidak datang ke sekolah,, sya tahu awak rapat dengan dia,, jadi perbanyakkan istifar dan bersabar..'
aku hanya menganguk lesu dan memulakan langkah ke bilik air,, aku masuk kelas dengan mata yang lebam... hampir semua pelajar yang kenal aku. takut untuk menegur,,,,lebih kurang pukul 12:30pm... amir ,, dataang mengetuk pintu kelas kami sambil membaca satu berita yang merentap jiwa dan persaaan aku..
'saya mewakili ibu bapa Afifin pelajar 5Gemilang,, ingin memaklumkan,, afifin sedang terlantar di Hospital Universiiti Sains Malaysia(HUSM) kubang Kerian kerana..................................................'
pandangan aku gelap dan kata-kata amir tidak lagi aku dengar,, tanpa memandang kesekeliling,, aku terduduk dan menangis,,, aku berharap semua ini hanyalah satu penipuan.. geng aku terus datang ke tempat aku dan bertanyakan tentang kesahihan berita itu,, aku dah tak mampu untuk berdiri ketika itu,, lalu mereka memujuk aku untuk berjumpa dengan guru kelas afifin..
'cikgu,, tolong lah kami,, kami nak pergi tengok afifin,,cikgu mesti dah tahu kan wad dia kat mana?'
'maaf,, tak boleh,, saya memang tak boleh beritahu,, mana wad dia'
dengan air mata yang masih lagi bersisa aku merayu pada cikgu Amirah:
'saya faham cikgu pemegang amanah yang baik... tp tolong berikan nombor telefon emak afifin.. tolong la cikgu,, sya betul-betul sayangkan dia,, dia sahabat yang baik...'
'baiklah'
______________________________________________________
'assalamualaikum emak.. ni saya Arifah..kawan Afifin,, maaf menganggu.. '
'waalaikumusalam Arifah,, ye,, ad apa ye?'
'mak... afifin macam mana ye?.. '
'saya tak tahu pun dia masuk hospital.. kalau tak keberatan,, boleh saya tahu dimana wad dia?'
'boleh,, HUSM, block puteri.. tingkat tig..............'
dan talian dimatikan..rupa-rupanya afifin,, tak benarkan ibu memberitahu aku dimana dia berada..
selepas itu Mira telah membuat satu pengakuan yang sangat meruntunkan jiwa aku.,
'fah,, sorry for this hapen... tapi aku nak kau tahu somethng.. seminggu sebelum afifin tak datang kesekolah... aku ad jumpa dia dan mintak dia jauh kan diri daripada kau...aku mintak maaf wei.. '
'ya Allah .. apa ni? kenapa kau sanggup buat aku macam ni. kau tahu aku rapat ngn dia.. sanggup kau? dan sekarang dia dah terlantar kat hospital tu... puas hati kau?'
'aq mintak maaf wei,,, aku tak tahu benda ni akan teruk sampai amcam nie.. yelah kau pun bila dengan dia kau lupakan kami,, sbb tu aku pilih untuk warning dia,, aku tak nak hilang kau wei'
'dah.. enough,, kau aq angkap kau sahabat aku.. kenal aku.. tapi hari ni kau dah buktikan yang kau hanya lah seorang kawan dan bukan lah seorang sahabat.. wei.. kau kenal aku dah lama.. bukan setahun dua untuk kau kata camtu,... aku kawan dengan semua dan aku tahu kau tahu. aku kawan dengan semua.. so please.. if somethng happen to her.. u will regret it'
'wei.. aq tobat wei,,, xnak buat dah..jom wei,,,kita pegi melawat afifin,, please aku nak mintak maaf dengan dia..'
'biarlah aku yang pergi dulu.. aku perlu jumpa dia..mungkin dia masih memerlukan masa dan ruang..'
______________________________ __________________________
balik dari sekolah aku terus ke HUSM,, haty dah tak sabr untuk bertemu dengan dia.. sampai ke biliknya,, tiada siapa disitu,, mungkin mak keluar sekejap.. ku dekati katil nya dan air mata yang pertama berbicara,, mungkin mendengar esakkan aku,, dan dia tersedar..:
'assalamualaikum....hei. kenapa nangis ni?'
'waalaikumusalam..kenapa awak buat saya macam ni? kenapa awak?'
'shhhh..sy sayang awak,, sya tak nak tengok awak mengis bb sya,,'
'kenapa awak tak jujur ngn sya yang awak sakit.. sya ni tak penting ke dalam hidup awak?'
'awak.. awak penting bagi sya,,tapi kadang-kadang berdiam diri tu lebih baik'
'saya cari awak tau,, saya p rumah awak.. xde sape kat rumah,, saya call,, awak tak angkat sya text awak tak pernah nak balas,, saya call ibu,, tiba2 putus,, kenapa awak buat saya macam ni,, awak janji nak kawan dengan saya sampai bila-bila tapi kena awak buat sy cam nie'
esakkan ku semakin kuat,,aku jarang menjauhkan air mata untuk kawan-kawan aku tapi bagi aku dia melebihi dri seorang sahabat,, dia pelengkap aku..
'saya mintak maaf,, saya mengaku yang sya letak msa awak call ibu hari tu,, saya sengaja tak balas semua call dan text awak,, sbb saya tak nak awka tengok sya dalam keadaan yang sangat menyedihkan,,Alhamdulillah, saya dapat tempuhi semua tu tapi melihat air mata awak jatuh untuk saya lagi menyakitkan'
'awak.....'
pintu terbuka dan ibu berjalan menghampiri kami,, ku terus bersalam dan balik dengan alasan perlu menghadirri kelas tambahan,,, di atas motor,, segalanya kabur,, air mata menjdi peneman dan bukti ,, betapa haty ini menangis melihat keadaannya..
______________________________________________________
selepas empat hari keadaan nya beransur pulih dan dia dibenarkan untuk pulang kerumah..
setiap petang selepas kelas aku akan sneak out dari asrma untuk bersama dia.
hari ni mak xde kat rumah sbbnya sekolah daus ada mesyuarat PIBG .
petang tu hanya kami berdua je kat rumah.oleh kerana keadaan dia semakin membaik
aq berani untuk bergurau lebih dengan dia:
'awak jom main games ngn bantal'
'awak ni macam2 la,, ni nak pukul saya dengan bantal la tu'
'ehh,, awak pandai2 je,, kita main campak2 je la.. mana boleh pukul2,,awak tak sihat lg kan'
'ok.. awakk strt dlu..sbb sy tak pernah main game ni'
'ok ,, awak pernah main TRUTH OR DARE? rule dia sama je,, just ad TRUTH.. boleh??.. dan setiap kali nk tnya soalan kita kena campak bantal,, '
'ok.. soalan pertma?'
'awak syg sy tak'
'syg.. awk?'
'syg sngt,, tak pernah lagi sya syg seorang sahbat seperti saya sayangkan awak'
'saya mintak maaf saya tak jujur dengan awak hari tu'
'awak,, knape tak jujur ngn sya,,tentang mira datang jumpa awak?'
'sebab saya tak tahu yang layanan awak terhadap kami berbeza'
'awak,, saya kawan dengan semua orang.. awak pun tahu,, knpa awak tak bgtau saya apa2 pun tapi awak just tinggal saya tanpa sebarang jawapan..
'sebab saaya ni orang baru dalam hidup awak,, mereka lebih lama dengan awak.. '
'dan septtnya mereka lebih kenal saya ,, awak semua ni boleh bawak berbincang,, perlu ke awak tanggung sorang2?'
'saya tak nak awak gaduh sbb saya.. saya bukan siapa2 bagi awak?'
'sy cari awk tau,awak penting untuk saya,'
'saya nk awk belajar hidup tanpa saya'
'tapi kenapa?? awak .. faham tak yang sya tak le hidup tanpa awak'
'awak ni kebudak2 kan dan terlampau manja.. jady awak kena belajar hidup tanpa saya'
aku terkedu dan terdiam dengan jawapannya,, tanpa sempat aku berkata ,, air mata yang mengalir.
'kalaulah saya merimaskan awak,, sya mintak maaf,, saya tak tahu awak tak selesa dengan sya....'
'awwak,, saya tak bernaksud cam tu,, awak kena belajar hidup tanpa saya'
'saya ok.. dah awk rehat lah..saya nk kemas dlu semua ni,, jap lagi nak balik asrama'
'saya mintak maaf kalau awak terasa,,'
'eh,, saya ok.. next week g sekolah kan,, saya tunggu awk tau,, sbb weekend ni saya balik terengganu.. dan jangan lupa next week kita percubaan..'
petang tu lepas mak sampai terus aku mintak izin untuk balik.. takkan nak tinggal fin sorang,, bahaya lak
______________________________________________________
hari ketiga percubaaan SPM,, aku tersedar dan terlihat langit putih,, rupanya lampu hospital,, aku hanya mampu mengeluh perlahan,, 'hmmm,,, aku dah tahu,, aku kat mana ni..' ni la akibatnya mengabaikan rutin dalam pengambilan ubat hampir sebulan.. kesannya buah pinggan aku hampir gagal berfungsi.. namun aku tahu selepas 5hari ditahan,, inn sya Allah aku dibenarkan pulang..aku hnya terfikir apa yang fin fikir tentang aku,, aku tak sanggup biarkan dia melihat keadaan yang sedang menjalani hemodelisis.. mungkin ini apa yang dia rasa semasa di ditahan hari tu.. aku dah berpesan pada amira untuk memberitahu fin keadaan aku,, amira pun dapat tahu berita ini selepas dy menghubungi ibu.. aku tak nak fifin terkejut dengan keadaan aku sekarang,, aku pun tak sanggup melihat air matanya.. hati terdetik. 'Ya Allah disaat kau uji aku,, kau uji kami semua'.
______________________________________________________
'Assalamualaikum Arifah?'
'waalaikumusalam awak..'
tak perlu aku melihat,, suaranya sudah aku kenali,, tapi tak sanggup untuk aku berhadapan dengan dia,, dengan wajah pucat,, bibir tak berdarah,sudikah dia melihat wajah ku?
'tak nak pandang saya ke awak?'
'saya nk tengok awak,, sya rindu ssahabat sya.. tapi saya tak larat'
'buka mata dan pandang saya.Arifah,'
aku gagah kan haty dan melihat dia tersenyum,, rindunya aku terhadap senyumannya
'awak ni kelakar la,, hari tu masa saya adimmited to ward,, awak mengamuk kot,, tapi hari ni saya yang tengok awak bersirat dengan wayar,, kenapa tak nak terus terang?'
'dah lama tak kena cam nie.. tak sangka penyakit ni still ada lagi.. sudi tak maafkan saya?'
'saya fikir jap ekk?'
'awakkkk'
betul katanya,, aku terlampau kebudak-budakkan,,, sedangkan dia boleh datang melawat aku dengan senyuman,, sedangkan aku?? meletup hospital dibuatnya..kami berbual sehingga aku tertido,, bagun2 fin dah tak de disisi,, *pujuk hati* nnty jumpa lagi ..
______________________________________________________
Hubungn kami kembali erat..Amira juga mula rapat dengan fifin.. tak lama lagi kami akan menduduki SPM,,berkongsi cerita sebuah mimpi dengan aku ... kami berempat telah pergi mendaki Gunung Tebu.. dan didalam mimpi tu aku hanya bayangan.. kami berempat terpisah dalam ekspedisi..Aku bersama amira dan fifin bersama syuhada,. Fifin pesan pada Amirah untuk menjaga aku,, selepas hampir seminggu terpisah,, Kami berempat bertemu kembali dan wajah ku sangat sedih dan sayu.. Fifin cuba mendapatkan aku dan memelukku seperti biasa tetapi sentuhannya hanya terkena angin.. Aku hanyalah halusinasi baginya,,'
'Ya Allah,, aku terbangun dah tersentak,, mimpi mainan tidur tapi rasanya sangat menusuk,, dengan tangisan fifin,,seperti betul-betul berlaku, tanpa aku sedar air mata mengalir membasahi pipi..mungkin aku terlalu rindu,, atau ini peringatan dari Allah untuk aku'
Dan seminggu sebelum SPM Afifin mengatakan dia akan berpindah balik ke Johor.. Semudah berkata.. Sukar untuk aku terima segalanya...masa kami kenal tak begitu panjang tapi cukup untuk buat aq mengaku.. Dia cukup kenal siapa aku..
Malam masih kabur dan tak jelas untuk aku lenakan mata yang lesu mengimbas kembali kenagan semalam. Ucapannya seolah-olah dia benar ingin meninggalkan aku atau ucapannya palsu. Ahh, jangan di biarkan benak hitam ini menyinggah. Saat sepertiga malam menandakan jarum waktu yang tepat untuk aku lena selenanya yang mampu, meski aku tak mampu. Allah pujuklah hati ku, untuk menggantikan apa yang sakit bagi ku kepada yang lebih indah. Air mata berlalu kering, bismillah ku sebut untuk menarik tirai menyelubungi badan yang dingin. Dingin, sedingin perasaan yang berlalu pergi.
______________________________ __________________________________________
Pagi ini, tak seperti selalu.
Tarikh penting untuk pelajar SPM menjawab kertas peperiksaan pertama Bahasa Melayu. Tersedarnya aku dari tidur bukan lah kerana peperiksaan, tapi bangkit untuk tanggungjawab yang perlu aku dukung selagi aku hidup, terasa diri ini indah kerana segalanya dimulai dengan tabah, aku tersenyum sementara kain telekung masih lekat ditubuh ku.
"Pahh... amboi senyum seorang-seorang..lepas solat pulak tu..alololo"
" ehh, haha mana ada ..ala senyum je kott.. tak boleh ke"
Aku tergelak dan berbisik sendiri
" alangkah bagusnya, awak disisi saya sekarang...saya rindukan awak"
"yeeeeeee saya ada di sini merindui awak syg"
tapi apakan daya, fatamorgana semata-mata.
Alhamdulillah , jam menunujukkan tepat 7.30 pagi. aku berjalan terus ke tapak perhimpunan dan beratur, seperti biasa darah anak muda SPM akan mengalir laju untuk menduduki peperiksaan pertama, lebih-lebih Aku yang sibuk dengan peralatan orang lain sedang diri tertinggal slip peperiksaan dalam beg. hahaha, sengal kan Aku. Pada luarannya Aku sibuk, tapi dalam hati ...
"hmm mana dia ni, tak sampai lagi ke..ishhh tak kan tak jawab exam kot"
da mula lah Aku merapu fikirkan dia yang tak hadir menduduki peperiksaan.Sedang Aku berjalan pantas menuju ke beg dan membuka zip, Aku terdengar suara ..
"assalamualaikum sayang"
Dengan hati yang tak sanggup menahan rindu , dengan cepat Aku menoleh dan menjawab salam.. kerana Aku yakin itu afifin kesayangan ku.
"waalaikumsalam....awakkkk"
Aku memeluknya rakus, sambil Aku memeluk Aku mendakapnya dengan dakapan yang sangat erat sehinggakan Aku merasakan sesuatu yang pelik di tangannya,
sedang asyik memeluk, Aku meraba-raba bahagian bahunya, semakin asyik semakin pelik ..Aku berbisik..
"aikhh apa ni keras semacam, pelik rasa"
Terus, secara perlahan-lahan Aku menyentuh dan mengusapnya ke bawah dan Aku merasakan sebatang tongkat bersamanya.
Allahh,Aku kaku keras dipangkuannya, biarpun dia tahu Aku terkejut,namun Aku tetap keras didakapannya dan menangis tanpa suara dan mulut ini Aku memaksanya ditutup dengan tangan kiri dengan harapan dia tidak tahu Aku sedang lemas menangis,walaupun tudung sebelah kirinya basah dengan air mata ku.
Aku terasa tangan kanannya lemah menyapa bahuku sementara Aku masih lagi dalam pelukannya..
dia membisik lemah ketelinga ku.
" awak,, Allah uji saya.......sabar lahhh, saya okay je..percayalah, saya sakit sikit je.."
sedang Aku masih memeluknya
"Awak kenapa............."
"Saya accidence syg, kaki kiri saya masuk besi.......awak tak nangis kannn..."
" huhhhh, tak syg, sy da janji dengan awak yg saya tak nangis lagi..awak datang pagi ni pun satu kekuatan bagi saya"
"Alhamdulillah, sebab tu lah saya sayang kan awakk..awaklah bunga yg saya petik sendiri"
"awakkkkkk,, saya malulah....dilarang buat orang malu"
Ya Allah disaat dia sakit, dia masih mampu membuat Aku ketawa dan tersenyum. Sepatutunya Aku menggembirakan dia, tapi dia membuatkan Aku tersenyum sehingga tak nak lepas dari pelukan.
______________________________________________________
Dua minggu berlalu pergi, beberapa kertas sudah pulun Aku gigih menjawabnya.
Afifin ditempatkan di bilik calon persendirian dan dia diberi keutamaan dari segi masa dan tempat kerana kondisinya yang tidak stabil.
Selesai sudah menjawab paper Add Math yang memecah saraf otak, Aku keluar dewan peperiksaan segera. Bukan tergesa-gesa, cuma tak sabar nak melihat buah hati yang comel bertongkat keluar dari bilik peperiksaan. Segera Aku mendapatkannya, kali ni genggaman tangan lebih erat dan kemas.
"ermmm maaf, terpegang kuat...sakit ea.."
"ehh tak lah mana ada......"
Fin segera merampas tangan yang aku lepaskan , dan isyaratnya seolah-olah dia menyuruh Aku memegangnya lagi. Aku tersenyum gembira. Perlahan-lahan kami berdua berjalan menuju ke kantin.
"awak, saya lapar lah"
"okay, sayang duduk sini saya belikan k....sayang nak apa?"
"saya? ermm jap saya fikir...kalau saya nak awak ?"
"eeeeeee...awak ni kan..saja buat orang rindu tau"
Aku tersipu-sipu malu lebih-lebih lagi melihat pandangannya yang redup ke arah Aku, dahinya yang berkerut melihat telatah ku. hmmm tetiba angin sonata menyinggah di dada. sejuknyaaaaaa...
"Apa sengal aku ni..."
"apa ngal?"
"ehhh takk, er sayang dok sini tau, orang belikan makanan"
"okay...ermmm awak, jangan lama nanti rindu" Fin menggengam tangan ku dan membisik.
"baik awak" Aku membalas dengan senyuman, padahal hati dah macam kera dapat aiskrim..krikkkk.krikkk.hahaha
Azan Zuhur berkumandang, Fin segera habiskan makanan sedang aku masih lagi membebel tentang Add Math, nak menangis pun ada.
"awak dengar tak apa saya cakap ni"
"awak...awakkkkk"
Aku memanggilnya manja.
"ehhh,yeye saya dengar Add Math soalan nombor 12 tu 10 markah kannn" Fin terpinga-pinga.
"erghhh..." Aku memandangnya temper, lain yang ku mengadu, lain yang dia hujah...haihh
"awak boleh solat tak?"
"tak,,......." Aku menjawab sedikit keras, seolah-olah merajuk padahal aku ingin mendapatkan perhatian dari dia.
"hmmm...awak" Dia menghembus nafas.
"yeee" Aku memandangnya cepat.
"awak g lah balik asrama dulu, saya nak solat kat surau sementara tunggu ayah ambik saya nanti" Fin bernada serius.
"Awak sorang je.......awak kan saa......" Aku terus terkedu melihat dia sangat rapat ke arah ku dan memeluk lemah.
"awak kena percayakan saya,give me some space please,just go, I'm okay with" Fin berbisik perlahan seolah suaranya memecah.
"okay baiklah"
Aku kuatkan diri menahan air mata untuk tak nak menangis dihadapan dia. Bukan apa aku sememangnya tak boleh
terima istilah "saya pergi" dari mulut dia, Aku rasa hati ni sesak memandang atap kantin. Aku gagahi senyum di hadapan dia. Meski acuh tak acuh.
"tak pe lah, saya pergi surau dulu. assalamualaikum.." Fin meminta diri dan bersalaman dengan aku, sepantasnya dia berjalan walau dia bertongkat.
"waalaikumsalam" Aku ucap dalam hati , sementara melihat bayangannya hilang. Hilang seolah makin jauh.